PETALING JAYA: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan bermesyuarat bagi membincangkan isu parti komponennya, MIC sebaik selesai PRN Sabah, kata Setiausaha Agung Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata, buat masa ini tumpuan gabungan itu hanya diberikan kepada pilihan raya 29 Nov ini.
“Ya saya percaya kita (BN) akan memberi keutamaan dalam isu MIC, kita akan berikan keutamaan dan saya fikir semua parti komponen ketika ini mempunyai persefahaman (beri keutamaan kepada PRN Sabah).
