PETALING JAYA: Pengasas bersama Bersatu Redzuan Yusof menolak pelantikan sebagai ahli Lembaga Rayuan parti itu kerana mahu bersikap berkecuali memandangkan beliau dianggap penyokong kuat Presiden Muhyiddin Yassin.
Bercakap kepada FMT, bekas Ahli Parlimen Alor Gajah itu berkata beliau enggan membebankan parti dan kepimpinan dengan sebarang persepsi atau kritikan.
“Saya dianggap penyokong kuat Muhyiddin dan kalau saya berada dalam Lembaga Rayuan, soal berkecuali mungkin kurang jelas.
