PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan ada ibu bapa yang anak mereka dibuang daripada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kerana terlibat dalam kes buli merancang untuk menyamannya dan agensi itu.
Beliau bagaimanapun berkata, keutamaannya adalah menjaga keselamatan majoriti pelajar dan bukannya melindungi segelintir yang berperangai samseng.
“Saya katakan Bring it on! #YouTouchYouGo,” katanya di Facebook.