PETALING JAYA: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Koroner Kota Kinabalu bahawa Zara Qairina Mahathir seperti dalam keadaan gangguan emosi selepas dipanggil senior susulan disyaki mencuri kad bank seorang pelajar lain.
Keterangan itu diberikan saksi kanak-kanak ke-27, yang sebilik dengan Zara di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar pada hari ke-31 prosiding inkues kematian remaja berkenaan.
Berkongsi keterangan saksi, peguam Joan Goh yang mewakili seorang kanak-kanak dalam kes buli Zara, berkata saksi memberitahu, ketika berada di biliknya di A3-5, dia mendengar suara dari bilik sebelah yang menyuruh Zara Qairina datang ke bilik A3-6, pada malam 15 Julai.
