PETALING JAYA: Seorang doktor yang pernah tiga kali ditahan kerana berkelakuan tidak senonoh, sekali lagi ditahan polis semalam kali ini kerana mencabul seorang pesakit wanita di sebuah klinik swasta di Bayan Baru, Pulau Pinang.
Ketua Polis Barat Daya Sazalee Adam berkata doktor lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di IPD Barat Daya pada 8 malam semalam selepas diminta hadir membantu siasatan kes tersebut.
Sazalee berkata, mangsa membuat laporan polis pada 18 Julai lalu berhubung kejadian yang berlaku kira-kira 11.46 pagi, 29 Jun lalu, lapor Bernama.