GENEVA: Doktor di Semenanjung Gaza menderma darah sendiri untuk menyelamatkan pesakit mereka, selepas puluhan orang Palestin ditembak ketika cuba mendapatkan bantuan makanan, menurut Doktor Tanpa Sempadan (MSF) hari ini.
Kira-kira 100 kakitangan MSF memprotes di luar ibu pejabat PBB di Geneva terhadap sistem pengagihan bantuan di Gaza dilaksanakan syarikat swasta disokong Israel, yang mengakibatkan huru-hara dan pertumpahan darah.
“Orang ramai memerlukan perkara asas untuk hidup… mereka juga berhak menerimanya secara bermaruah,” kata Ketua Pengarah MSF Switzerland Stephen Cornish kepada Reuters ketika bantahan itu.