MatchPoint Times

Home

Dokumen tambahan Najib: Keputusan permohonan kebenaran peguam negara esok

Cover Image for Dokumen tambahan Najib: Keputusan permohonan kebenaran peguam negara esok

Panel tiga hakim dijadual menyampaikan keputusan itu pada 9 pagi Isnin.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan esok berhubung permohonan kebenaran merayu yang dikemukakan peguam negara berkaitan kewujudan dokumen tambahan dalam kes bekas perdana menteri, Najib Razak.

Panel tiga hakim, iaitu Ketua Hakim Malaya Hasnah Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan Zabariah Mohd Yusof, dan Hakim Mahkamah Persekutuan Hanipah Farikullah, dijadual menyampaikan keputusan pada 9 pagi.

Panel itu telah mendengar hujahan Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar dan peguam Shafee Abdullah yang mewakili Najib pada 24 Mac lalu berkaitan permohonan kebenaran peguam negara.

Tags:dokumen tambahanNajib RazakPeguam Negaratahanan rumahtitah adendum


North Korea confirms troop deployment to Russia, hails ‘heroes’

Ukrainian officials report Pyongyang sent 14,000 troops, including 3,000 reinforcements to replace heavy casualties.

🟡Reuters

How the Ayer Kuning by-election produced three winners

All three parties won in their own ways – but what does it all mean for Malaysians?

🟡Tajuddin Rasdi