SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi menangguhkan lima hari prosiding dalam saman fitnah yang difailkan oleh Dr Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim bagi membolehkan bekas perdana menteri itu pulih daripada kecederaan akibat terjatuh di rumahnya minggu lalu.
Peguam Rafique Rashid Ali, yang mewakili Mahathir, memberitahu FMT bahawa Hakim Donald Joseph Franklin membatalkan pendengaran yang dijadualkan hari ini, esok, 28 dan 29 Jan serta 9 Feb selepas pengurusan kes bersama peguam kedua-dua pihak.
Peguam Alliff Benjamin Suhaimi mewakili Anwar.
