ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad berkata pemimpin dunia dan tokoh korporat telah menghubungi beliau susulan pengumuman tarif baharu oleh pentadbirannya, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam satu hantaran di platform Truth Social, Trump menyatakan bahawa pengisytiharan ‘Liberation Day’ pada 2 April lalu – yang memperkenalkan tarif timbal balik – menarik perhatian kerajaan dan syarikat asing.
“Bagus apabila dunia tahu kita benar-benar serius,” katanya.