PETALING JAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengenal pasti beberapa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur gagal mengemas kini dan mengisytiharkan pelupusan harta, termasuk kenderaan.
Katanya, siasatan dijalankan berdasarkan aduan diterima mengikut Subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009.
“Hasil siasatan mendapati beberapa kenderaan atas nama pegawai JPJ Kuala Lumpur belum diisytiharkan lupus melalui HRMIS (sistem pengurusan maklumat sumber manusia), walaupun kenderaan tersebut sudah tidak berada dalam pemilikannya sejak sekian lama,” katanya menurut Sinar Harian.