KUALA LUMPUR: Pergerakan ejen asing di Malaysia meningkat berikutan pendirian lantang Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang konsisten menentang kezaliman di Gaza dan menyokong pembentukan negara Palestin.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata ketegasan Anwar dan kerajaan dalam mengangkat isu Palestin di peringkat antarabangsa menyebabkan Malaysia menjadi sasaran pihak tertentu.
Beliau yang juga jurucakap kerajaan berkata, perkara itu turut dinyatakan Anwar dan Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail.