MatchPoint Times

Home

Ejen insurans dituduh menyamar pengarah syarikat, tipu RM900,000

Cover Image for Ejen insurans dituduh menyamar pengarah syarikat, tipu RM900,000

Teong Chooi Tim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

KUALA LUMPUR: Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki dengan menyamar sebagai pengarah syarikat pengurusan kewangan sehingga mangsa mengalami kerugian RM900,000.

Teong Chooi Tim, 33, didakwa menipu seorang individu berusia 33 tahun dengan memperdayakan mangsa untuk mempercayai bahawa tertuduh adalah pengarah syarikat berkenaan dan menawarkan pulangan keuntungan lumayan dengan bayaran modal perniagaan berjumlah RM900,000.

Perbuatan itu mendorong mangsa membuat pemindahan wang berkenaan menerusi 31 transaksi ke dalam 17 akaun, dan mangsa tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Tags:didakwaejen insuransmahkamahpelaburanpengarah syarikattipu


Jakim panggil orang Islam terlibat ‘Interfaith Water Ceremony’

Ini susulan hantaran di Facebook dakwa orang Islam terlibat dalam dakyah sesat yang turut babit upacara doa bersama pemimpin agama lain.

🟡FMT Reporters

Health, disciplinary reports now mandatory when changing schools

Education director-general Azam Ahmad says this is among several reforms being introduced to improve safety in schools.

🟡FMT Reporters