PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak membayar sebarang komisen kepada ejen kutipan bagi transaksi berkaitan pengangkutan, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
Loke berkata, ejen kutipan menawarkan perkhidmatan seperti pembaharuan cukai jalan, pertukaran hak milik, dan pembayaran saman, dengan tiada komisen dibayar kepada mereka.
Beliau berkata, syarikat yang memohon untuk menjadi ejen kebanyakannya beroperasi dalam talian yang ingin membantu memudahkan urusan pelanggan ketika berurusan dengan JPJ.
