PETALING JAYA: Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Inanam Dr Roland Chia menyifatkan era pentadbiran Warisan antara 2018 hingga 2020 sebagai tempoh paling teruk dalam sejarah moden ekonomi Sabah.
Beliau berkata, saiz ekonomi negeri merosot daripada RM85.6 bilion pada 2019 kepada RM77.8 bilion pada 2020 – penyusutan hampir RM8 bilion atau kemerosotan -9.1% ketika pentadbiran Presiden Warisan Shafie Apdal.
“Inilah ‘rekod cemerlang’ Warisan yang mereka mahu rakyat lupa. Itu warisan sebenar Warisan: ekonomi hancur,” katanya dalam kenyataan.