PETALING JAYA: Exco kerajaan Terengganu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki salah guna jawatan dan kedudukan tidak perlu melepaskan jawatan, menurut seorang pemimpin PAS.
Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari menambah ia kerana ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak boleh mempengaruhi siasatan badan antirasuah.
“Exco berkenaan tidak perlu letak jawatan kerana tugasnya hanya sebagai exco kerajaan negeri tidak boleh mempengaruhi siasatan SPRM dalam apa jua keadaan sekalipun,” katanya di Facebook.
