PETALING JAYA: Menteri pendidikan membuat laporan berhubung komen di media sosial mengaitkan beliau dengan pengetua sekolah Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan Satu yang meninggal dunia di Sabah pada Julai.
Fadhlina Sidek berkata, beliau membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkenaan fitnah mengaitkannya dengan pengetua SMKA Tun Datu Mustapha di Papar.
Katanya, ada beberapa individu yang cuba mengaitkan beliau dengan pengetua sekolah itu.