PETALING JAYA: Penggunaan bahasa mudah dan bersahaja akan dilaksanakan bagi menjelaskan dasar dan program kerajaan terutama kepada golongan 18 hingga 35 tahun, yang paling besar menerima maklumat menerusi Facebook, TikTok, dan WhatsApp.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, berkata kementerian akan terus berusaha memperkasakan komunikasi kerajaan bagi memastikan segala maklumat termasuk bantuan kerajaan disampaikan jelas, tepat, dan mudah difahami rakyat.
“Kumpulan ini bukan sahaja merangkumi hampir separuh daripada pengundi, malah merupakan pengguna utama produk dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam negara.
