PETALING JAYA: Tindakan mengibarkan Jalur Gemilang terbalik dengan dipangkah didakwa dilakukan penyokong Indonesia ketika aksi Piala Asean bawah 23 2025 pada Isnin lalu tidak akan dibiarkan.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, pihaknya akan berhubung dengan dengan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) serta Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) bagi mendapatkan pandangan sebelum tindakan lanjut diambil.
“Ya, kami berhubung dengan AFF dan AFC. Kami tidak mengambil ringan isu ini dan tidak menyokong sebarang perbuatan sedemikian,” kata Presiden Mohd Joehari Mohd Ayub menurut Berita Harian.