PASIR SALAK: Felcra Bhd mencatatkan keuntungan boleh agih interim pertama 2025 sebanyak RM178 juta, menunjukkan peningkatan daripada prestasi tahun sebelumnya.
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata, daripada jumlah itu, RM101 juta akan diagihkan kepada 74,300 peserta di seluruh negara secara berperingkat mulai hari ini.
“Saya mengucapkan syabas kepada Felcra kerana kejayaan mengekalkan prestasi yang baik, iaitu kenaikan hampir RM2 juta daripada prestasi bagi tempoh yang sama tahun lepas,” katanya pada majlis pengisytiharan keuntungan boleh agih interim pertama 2025 projek-projek peserta Felcra hari ini.