KUALA LUMPUR: Kempen Final Jelajah Dunia 2025 pasangan beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah berakhir, selepas tewas dalam perlawanan 61 minit pada peringkat separuh akhir di Hangzhou, China, hari ini.
Pemenang pingat emas Sukan SEA Thailand itu tewas 19-21, 13-21 kepada pasangan Jepun Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto, sekali gus mencatat kekalahan kedua berturut-turut kepada lawan sama, selepas turut tewas dalam perlawanan terakhir Kumpulan A semalam.
Walaupun kecewa, Thinaah berkata, mereka telah mempamerkan usaha dan intensiti yang tinggi, namun mengakui corak permainan bertahan mereka tidak cukup berkesan untuk mengekang pasangan Jepun berkenaan.
