SUBANG JAYA: Tidak menjadi kesalahan untuk mana-mana institusi diraja terlibat atau menjadi penaung kepada syarikat yang dianugerahkan konsesi di bawah inisiatif kerajaan negeri Selangor untuk menswastakan tempat letak kereta, kata Menteri Besar Amirudin Shari.
Beliau berkata apa yang penting adalah keupayaan syarikat tersebut untuk memberi sumbangan dalam meningkatkan kemudahan parkir yang lebih baik.
“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak terlibat (dalam membuat saringan pemilihan syarikat) sebab telah serahkan kepada Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI).
