PETALING JAYA: Pembaharuan MyKad dan pasport perlu memfokuskan ciri keselamatan tambahan untuk pengesahan digital serta elemen fizikal selaras perkembangan teknologi, kata ahli akademik.
Ahmad Wiraputra Selamat dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, perubahan itu menandakan peralihan daripada sistem identiti tradisional kepada digital yang lebih pintar dan sukar dimanipulasi.
Katanya, kerajaan perlu menumpukan perhatian kepada pengesahan digital dan elemen fizikal untuk membina ketahanan terhadap pemalsuan identiti.
