BERLIN: Pengeluar kereta Amerika Syarikat (AS), Ford pada Selasa mengumumkan akan memberhentikan 1,000 lagi pekerja di kilangnya di Cologne, Jerman berikutan permintaan kenderaan elektrik (EV) di Eropah terus merosot, lapor Xinhua.
Bermula Januari depan, operasi kilang itu akan dikurangkan daripada dua syif kepada satu syif, sekali gus menjejaskan jumlah pekerja.
Ini pemberhentian pertama membabitkan pengeluaran kenderaan sejak kilang itu diubah menjadi pusat pengeluaran EV pertama Ford di Eropah, selepas pelaburan bernilai USD2 bilion dua tahun lalu.