KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberi amaran TikTok berkemungkinan berdepan tindakan undang-undang kerana gagal menangani kebimbangan berbangkit mengenai moderator kandungan platform itu.
“Saya secara umumnya sangat tidak berkuasa hati dengan sikap TikTok yang tidak serius dalam mengambil beberapa tindakan untuk mengatasi masalah-masalah tertentu yang telah kami bangkitkan sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas pertemuan bersama pengurusan tertinggi TikTok.
Fahmi turut memetik kes seorang pempengaruh TikTok, A Rajeswary, yang lebih dikenali sebagai Esha, yang menjadi mangsa buli siber.