KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 berlaku di luar Pantai Barat Sumatera Utara, Indonesia pada 12.56 tengah hari tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia memaklumkan pusat gempa dikesan di di 2.7°U, 95.9°T pada kedalaman 57km.
“Gegaran dirasai di sekitar negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia,” katanya menerusi hantaran Facebook.
