MatchPoint Times

Home

Gempa Myanmar ragut lebih 3,000 nyawa

Cover Image for Gempa Myanmar ragut lebih 3,000 nyawa

Jumlah kematian meningkat kepada 3,003 orang pada Rabu, dengan 4,515 lagi cedera dan 351 orang dilaporkan hilang.

KARACHI: Pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari mangsa terselamat selepas angka korban gempa kuat bermagnitud 7.7 di Myanmar Jumaat lalu melebihi 3,000 orang, dengan ratusan lagi masih hilang, menurut media rasmi pada Khamis.

Jumlah kematian meningkat kepada 3,003 pada Rabu, dengan 4,515 orang cedera dan 351 lagi dilaporkan hilang, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan Kedutaan Myanmar di Jepun di Facebook.

Sekurang-kurangnya 15 orang terkorban, manakala 72 lagi masih hilang di negara jiran Thailand, selepas sebuah bangunan pencakar langit yang dalam pembinaan runtuh akibat gempa berpusat di wilayah Sagaing, Myanmar.

Tags:angka kematian.gempa kuatMyanmar


Under-16 Instagram users need parental consent for livestreaming

US-based Meta says users younger than 16 will also no longer be able to disable the ‘automatic blurring’ feature in private messages.

🟡Bernama

Trump hails ‘probability of a great deal’ with South Korea after call

US President Donald Trump said he discussed tariffs, shipbuilding and potential energy deals with South Korea’s acting President Han Duck-soo.

🟡Reuters