KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen melumpuhkan sindiket penyeludupan migran dikenali sebagai ‘Geng Sojul’ susulan penahanan dua ‘transporter’ atau ejen pengangkut, masing-masing lelaki rakyat tempatan dan warga asing dalam operasi di sekitar Kuchai Lama semalam.
Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban berkata, dalam operasi bermula 1.30 tengah hari itu, pihaknya turut menahan 20 pendatang tanpa izin yang dipercayai baru diseludup masuk melalui pangkalan haram di Kelantan.
Dalam serbuan pertama, katanya, pihaknya menahan lapan pendatang tanpa izin selepas memintas sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di kawasan parkir pasar raya.
