MatchPoint Times

Home

Gerakan, MIPP tolak PAS pengerusi PN, kata bekas pembantu Muhyiddin

Cover Image for Gerakan, MIPP tolak PAS pengerusi PN, kata bekas pembantu Muhyiddin

Marzuki Mohamad juga berkata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tidak berbohong mengenai pemansuhan jawatan pengerusi PN.

PETALING JAYA: Bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin Yassin mendedahkan Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) menentang cadangan seorang pemimpin PAS mengambil alih jawatan pengerusi Perikatan Nasional (PN) selepas beliau meletakkan jawatan berkuat kuasa 1 Jan.

Marzuki Mohamad berkata beliau menghadiri satu pertemuan pada 16 Jan di kediaman Presiden Bersatu, Muhyiddin, yang turut dihadiri pemimpin kanan PAS bagi membincangkan usaha menamatkan ‘kebuntuan’ berhubung kekosongan jawatan tersebut.

“PAS mahukan jawatan pengerusi PN, tetapi perkara itu ditentang oleh dua lagi parti komponen, iaitu Gerakan dan MIPP,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tags:Abdul Hadi AwangBersatuMuhyiddin YassinPASPengerusi PN


Ti gesa debat rasional isu pilihan raya datuk bandar KL

Bekas naib presiden MCA berkata, tak adil anggap kartel dan geng akan pengaruhi pilihan raya datuk bandar.

🟡FMT Reporters

PAS Selangor tak halang ahli sertai himpunan bantah binaan rumah ibadat

Ketua Pemuda PAS Selangor, Sukri Omar secara peribadi menyokong penganjuran perhimpunan itu di Sogo, Sabtu ini.

🟡Mohamad Fadli