KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) secara umumnya memegang kira-kira 45% saham dalam IJM Corporation Bhd setakat 30 Jan, 2026, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
MoF berkata pada masa kini, di antara GLIC yang memegang saham dalam IJM, tiada satu institusi yang mempunyai pegangan dan mempunyai blok kawalan strategik ke atas IJM.
“Transaksi yang dicadangkan ini berbentuk tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat. Ini bermakna tawaran berkenaan dikemukakan kepada semua pemegang saham termasuk pemegang saham bukan GLIC, atas asas yang sama.
