MatchPoint Times

Home

Google setuju bayar USD68 juta selesai saman dengar perbualan rahsia

Cover Image for Google setuju bayar USD68 juta selesai saman dengar perbualan rahsia

Saman itu mendakwa pengaktifan Google Assistant tidak disengajakan menyebabkan pengumpulan dan penghantaran perbualan peribadi tanpa pengetahuan pengguna.

ANKARA: Google bersetuju membayar USD68 juta bagi menyelesaikan satu saman difailkan di Mahkamah Persekutuan California susulan dakwaan teknologi pembantu suaranya, Google Assistant mendengar perbualan peribadi secara rahsia, lapor Anadolu Ajansi.

Saman difailkan 23 Jan lalu itu mendakwa Google Assistant diaktifkan tanpa kebenaran pengguna dan merakam perbualan peribadi, yang kemudiannya dihantar ke pelayan Google.

Menurut aduan itu, peranti Android menggunakan Google Assistant direka untuk diaktifkan hanya selepas mengesan frasa pencetus seperti “Hey Google” atau “Okay Google”, namun pembantu itu kadangkala diaktifkan secara tidak sengaja.

Tags:dengarGoogleGoogle assistantperbualan peribadirahsiasaman


Trump praises Syria’s Sharaa after offensive in Kurdish area

Washington’s long-backed partnership with Kurdish fighters has outlived its usefulness as support shifts to the government.

🟡AFP

Saifuddin beritahu Rafizi maklumat siasatan kes anak diserang tak boleh didedah

Menteri Dalam Negeri berkata bahawa pendedahan maklumat boleh menghalang keupayaan pihak berkuasa untuk mengesan suspek dan menjejaskan keselamatan saksi utama.

🟡FMT Reporters