PETALING JAYA: Grab Malaysia memohon maaf atas insiden seorang wanita didakwa diganggu secara seksual oleh seorang pemandu e-panggilan di Johor.
Menerusi hantaran di ruangan komen sebuah portal, syarikat itu berkata, pihaknya ‘amat kesal’ dengan kejadian tersebut.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Kami sedia maklum mengenai laporan itu dan sedang giat menghubungi penumpang yang terkesan bagi menyiasat perkara ini serta memberikan sokongan sewajarnya,” menurut komen itu.
