PETALING JAYA: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan berbincang dengan Pakatan Harapan (PH) berkaitan kerjasama bagi menghadapi PRN akan datang.
Pengerusi Hajiji Noor berkata tarikh perbincangan belum ditentukan, namun dijangka dalam masa terdekat.
“Kita dalam kerajaan sekarang, insya-Allah dalam masa terdekat kita akan mengadakan perbincangan dengan PH,” menurut kenyataan, selepas rumah terbuka Aidilfitri GRS Sungai Sibuga di Sandakan.