MatchPoint Times

Home

GRS perlu tetap syarat ketat jika BN mahu kerjasama PRU16, kata penganalisis

Cover Image for GRS perlu tetap syarat ketat jika BN mahu kerjasama PRU16, kata penganalisis

Syahruddin Awang Ahmad berkata lagkah itu bagi elak episod ‘Langkah Kinabalu’ berulang dan memastikan kestabilan politik Sabah.

PETALING JAYA: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu meletak syarat ketat jika Barisan Nasional (BN) ingin menjalin kerjasama politik pada PRU16 bagi mengelakkan situasi luar jangka seperti ‘Langkah Kinabalu’ tiga tahun lalu berulang, kata penganalisis.

Bilcher Bala
Bilcher Bala.

Bilcher Bala, Syahruddin Awang Ahmad dan Arvin Tajari senada syarat itu perlu bagi memastikan kestabilan politik yang diperlukan untuk membangunkan Sabah, tidak diganggu-gugat.

Mereka turut berpendapat, BN dan Umno perlu relevan dengan mengurangkan tuntutan berlebihan memandangkan pengaruhnya semakin berkurangan serta kedudukannya tidak lagi dominan seperti sebelum 2018.

Tags:BNkerjasamaKinabatanganLamagpolitikSabahUmno


‘Sempatkah KPM sedia bilik darjah, guru mencukupi’, soal wakil rakyat PN

Saifuddin Abdullah berkata 12,500 bilik darjah tambahan diperlukan untuk tampung kemasukan murid enam tahun ke Tahun 1 pada 2027.

🟡FMT Reporters

New Zealand rejects Trump’s ‘Board of Peace’ invite

Wellington did not reject the idea of the board entirely, but reiterated its commitment to the United Nations.

🟡AFP