KOTA BHARU: Sebanyak 76.8 tan limau mandarin untuk bekalan sambutan Tahun Baharu Cina musnah dalam kebakaran sebuah gudang di Jalan Kebun Sultan, di sini, kira-kira 9 malam tadi.
Pengurus gudang, Hong Leng Feng, 40-an, berkata dia menyedari kejadian itu selepas menerima panggilan daripada penduduk tinggal berhampiran premis tersebut.
“Semua limau mandarin ini merupakan bekalan untuk seluruh Kelantan, dengan kebanyakan pasar raya di Kota Bharu mendapat bekalan dari gudang ini,” katanya di lokasi kejadian malam tadi.
