MACHANG: Guru pondok perlu menguasai teknologi maklumat (IT) dan kecerdasan buatan (AI) dalam menghadapi cabaran era digital, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, kegagalan menguasai teknologi terkini dan AI boleh menyebabkan institusi pondok tewas dalam menghadapi ‘serangan baharu’ menggantikan bentuk penjajahan dahulu.
“Kalau guru-guru pondok tidak menguasai teknologi baharu dan AI, kita akan kalah kerana ini adalah serangan baharu. Jika dahulu bentuknya penjajahan, kini ia serangan pemikiran.