SEPANG: Guru terus bertindak sebagai barisan hadapan dalam memupuk perpaduan negara, mendidik kanak-kanak bukan sekadar membaca, menulis dan mengira malah memahami erti kepelbagaian kaum.

Selama 26 tahun, R Ranjithamalar atau mesra dengan panggilan cikgu Ranjitha, mendidik murid berbilang kaum – Melayu, Cina dan India menggunakan ‘alat’ yang menyatukan mereka iaitu bahasa kebangsaan.
“Walaupun berbangsa India, saya tiada masalah untuk gunakan bahasa Melayu dalam pengajaran dan saya mahu anak murid saya semua berkomunikasi dalam bahasa yang sama di dalam kelas.
