PETALING JAYA: Kerajaan akan mewartakan kadar had laju maksimum di kawasan sekolah daripada 50 km/j kepada 30km/j dalam masa terdekat.
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, langkah itu dalam proses diwartakan selepas keputusan dasar dibuat melalui Jawatankuasa Kabinet Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya.
“(Jawatankuasa) telah putuskan dasar untuk merendahkan had kelajuan di semua kawasan zon sekolah daripada 50km/j kepada 30km/j,” katanya.