KUALA LUMPUR: Hak Bumiputera adalah antara garisan merah yang sentiasa dilindungi sepanjang rundingan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz.
Beliau menegaskan, hak Bumiputera langsung tidak terjejas dalam perjanjian tersebut.
“Oleh itu, saya nak cabar (pihak yang mendakwa) untuk mengemukakan klausa khusus yang memberikan syarikat AS status bumiputera dalam ART,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat Mesyuarat Kaukus Khas Parlimen mengenai ART Malaysia-AS hari ini.
