MatchPoint Times

Home

Hala tuju Umno hanya dimuktamad menjelang PRU

Cover Image for Hala tuju Umno hanya dimuktamad menjelang PRU

Ahli MKT Ahmad Said berkata perkara itu antara disentuh Presiden Zahid Hamidi di hadapan lebih 6,412 perwakilan.

KUALA LUMPUR: Hala tuju Umno untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik hanya akan dimuktamadkan menjelang PRU, kata seorang pemimpin Umno, di tengah-tengah kebimbangan akar umbi terhadap kerjasama parti itu dengan DAP dalam kerajaan perpaduan.

Ditemui FMT selepas amanat presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2025, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Ahmad Said berkata perkara itu antara disentuh Presiden Zahid Hamidi di hadapan lebih 6,412 perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Beliau yang juga bekas menteri besar Terengganu berkata, keutamaan parti ketika ini adalah memastikan pembentukan kerajaan dilaksanakan mengikut lunas Perlembagaan dan sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan negara.

Tags:Ahmad SaidmktPAU2025Umno


Qatar says some personnel departing US base over ‘regional tensions’

The decision comes after Washington threatened to respond to an Iranian government crackdown on protests.

🟡AFP

Trump’s son-in-law Kushner, envoy Witkoff plan to meet Putin in Moscow

White House envoy Steve Witkoff and US President Donald Trump’s son-in-law Jared Kushner will present the latest draft peace proposals to Russian President Vladimir Putin.

🟡Reuters