PETALING JAYA: Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui antara lima individu yang akan dipanggil membantu siasatan kes menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan kebun durian di Raub, baru-baru ini.
Ketua Polis Raub Mohd Shahril Abd Rahman, berkata Chow yang juga penasihat Save Musang King Alliance (SAMKA) akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
“Setakat ini tiga laporan polis telah diterima melibatkan operasi itu dan siasatan sedang dijalankan,” katanya kepada Bernama, di Kuantan.