PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh menegaskan komitmen memperkukuh tadbir urus Wilayah Persekutuan dengan meletakkan kepentingan rakyat dan ketelusan sebagai teras utama.
Beliau mahu perkhidmatan asas kerajaan dibaiki, pembangunan mampan, kawasan rekreasi dilindungi, dan insiden banjir dikurangkan.
“Kepercayaan yang diberikan ini merupakan satu tanggungjawab besar yang akan saya pikul dengan penuh komitmen, integriti, dan keazaman.
