MatchPoint Times

Home

Hantaran Adun PAS berkait insiden Sultan Perak diserah kepada AGC

Cover Image for Hantaran Adun PAS berkait insiden Sultan Perak diserah kepada AGC

Menteri dalam negeri berkata Hafez Sabri disiasat atas kenyataan dikhuatiri mendatangkan khianat awam.

PETALING JAYA: Kertas siasatan berkait hantaran media sosial Adun Manjoi Hafez Sabri mengenai pencerobohan keselamatan melibatkan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 10 Sept lalu, untuk arahan lanjut, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam jawapan bertulis Parlimen, Saifuddin berkata Adun PAS itu disiasat atas kenyataan dikhuatiri mendatangkan khianat awam mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, dan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membawa denda maksimum RM500,000, penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tags:ADUNCinaHafez SabriKeselamatanManjoiMedia sosialPASSaifuddin Nasution Ismailsultan nazrin shah


Probe on PAS rep’s post on royal stage incident completed, says Saifuddin

The home minister says Hafez Sabri was investigated for statements conducive to public mischief.

🟡FMT Reporters

Don’t look back in anger on Brexit, German president tells UK

Frank-Walter Steinmeier told UK MPs that Britain and the EU must mend post-Brexit relations, likening it to the Oasis brothers’ reunion.

🟡AFP