MatchPoint Times

Home

Hanya 3% projek lewat, ‘sakit’, kata menteri

Cover Image for Hanya 3% projek lewat, ‘sakit’, kata menteri

Alexander Nanta Linggi berkata jawatankuasa khas sudah ditubuhkan untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan.

PETALING JAYA: Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata hanya kira-kira 3% projek dikenal pasti lewat, bermasalah atau ‘sakit’.

Katanya, walaupun angka itu tidak menggambarkan keseluruhan prestasi kerana majoriti projek disiapkan mengikut jadual atau lebih awal, Kementerian Kerja Raya (KKR) akan terus memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor lewat menyiapkan projek.

Beliau berkata, punca kelewatan lazimnya disebabkan isu tapak projek membabitkan pelbagai agensi, termasuk kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pemilik utiliti, selain kelemahan pengurusan atau masalah kewangan syarikat kontraktor.

Tags:Alexander Nanta LinggiKKRkontraktorlewatprojek sakit


Kerajaan berjaya sedia 511,544 rumah mampu milik, kata menteri

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata jumlah itu melepasi sasaran 500,000 unit ditetapkan di bawah RMK12.

🟡FMT Reporters

Albert Tei’s lawyer seeks leave for judicial review against MACC’s orders

Mahajoth Singh says the application was filed this morning at the Kuala Lumpur High Court.

🟡FMT Reporters