PETALING JAYA: Hanya perbincangan berkaitan pentadbiran dan komersial masih belum dimuktamadkan dalam rundingan antara Petronas dan Petros milik Sarawak, yang dijangka selesai tidak lama lagi, kata Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.
Walaupun tiada tempoh masa ditetapkan, kerajaan berharap rundingan itu dapat diselesaikan segera bagi memudahkan pelaburan dan operasi perniagaan sama ada di luar pesisir mahupun daratan.
“Itu yang kita mahu percepatkan kerana ia akan memudahkan pemain industri melaksanakan aktiviti harian mereka,” lapor The Borneo Post memetik kenyataannya di Kuching hari ini.