GAZA CITY: Dalam pada 2025 melabuhkan tirainya, warga Gaza menyambut tahun baharu bukan dengan keseronokan, sebaliknya rasa letih, sedih dan harapan rapuh bahawa “mimpi ngeri yang tiada pengakhiran” mungkin akhirnya akan tamat.
Bagi penduduk wilayah yang telah melihat begitu banyak kemusnahan itu, mereka bergelut menghadapi kehidupan seharian.
Kebanyakan infrastruktur Gaza musnah, bekalan elektrik masih tidak menentu, manakala ratusan ribu orang hidup dalam khemah sementara selepas berulang kali terpaksa berpindah sepanjang perang dua tahun sejak Oktober 2023.
