ISTANBUL: Harga minyak mentah melonjak melepasi USD105 setong dan sempat mencecah paras tertinggi USD108 pada Ahad selepas Mojtaba Khamenei dinamakan pemimpin tertinggi baharu Iran, lapor Anadolu Ajansi.
Pelantikan itu menyusuli kematian bapanya dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS)-Israel baru-baru ini.
Data daripada Trading Economics menunjukkan penanda aras minyak mentah meningkat mendadak berikutan reaksi pasaran terhadap perkembangan di Iran, di tengah-tengah ketegangan Asia Barat semakin memuncak.
