PETALING JAYA: Pengusaha telur ayam berkata harga komoditi itu bakal ditentukan oleh faktor permintaan dan kos operasi, namun beri jaminan tiada kenaikan mendadak berlaku susulan penamatan subsidi pada 1 Ogos lalu.
Timbalan Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Lee Yoon Yeau, berkata industri telur atau daging ayam sebelum ini ditentukan oleh pasaran menyebabkan harga bahan makanan itu turun naik mengikut pelbagai faktor.
Katanya, apabila kerajaan memperkenalkan subsidi untuk telur ayam kira-kira tiga tahun harga telur kekal tidak berubah agak lama.