MatchPoint Times

Home

Hari Keselamatan Internet 2026 perkasa pengetahuan keselamatan siber

Cover Image for Hari Keselamatan Internet 2026 perkasa pengetahuan keselamatan siber

Acara komuniti skala besar di Tasik Titiwangsa akan diisi dengan pelbagai program pendidikan keselamatan digital untuk orang ramai.

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Keselamatan Internet 2026 pada 8 Feb ini akan menumpukan kepada usaha memperkukuh peranan ibu bapa dalam mengawal penggunaan internet anak-anak selain meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman jenayah siber.

Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Bukhari Yahya berkata, acara komuniti berskala besar di Tasik Titiwangsa itu akan diisi dengan pelbagai program pendidikan keselamatan digital bagi membantu orang ramai memahami kaedah melindungi diri serta keluarga dalam talian.

Beliau berkata, sambutan kali ini berbeza berbanding program sebelum ini kerana SKMM akan membawa pasukan teknikal dan pakar bagi membantu pengunjung secara langsung menetapkan ciri keselamatan pada peranti masing-masing termasuk penggunaan aplikasi kawalan ibu bapa.

Tags:Bukhari YahyaHari Keselamatan Internet 2026jenayah siberkeselamatan dalam talianNSRCSKMMTasik Titiwangsa


‘Apa susah sangat’, Hamzah seru jelas dakwaan serah tanah kepada Indonesia di Parlimen

Ketua pembangkang mahu Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersikap telus memandangkan isu 5,207 hektar tanah itu turut dilapor secara terbuka di negara jiran.

🟡FMT Reporters

Animal rights group seeks justice over dog allegedly run over by lorry

Siti Fauziah Abdul Jabbar of Fauziah Paws Care says there are elements of abuse in the animal’s death.

🟡Minderjeet Kaur