MatchPoint Times

Home

Hari Keselamatan Internet 2026 promosi guna teknologi, AI secara selamat

Cover Image for Hari Keselamatan Internet 2026 promosi guna teknologi, AI secara selamat

Acara komuniti berskala besar menghimpunkan pendidikan, teknologi, dan hiburan mesra keluarga akan berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa pada 8 Feb.

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Keselamatan Internet 2026 pada 8 Feb depan akan memberi tumpuan terhadap usaha mempromosikan penggunaan internet dan kecerdasan buatan (AI) secara selamat, bertanggungjawab dan beretika.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan acara komuniti berskala besar yang menghimpunkan pendidikan keselamatan digital, teknologi pintar serta hiburan mesra keluarga itu akan berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa.

Penganjuran acara sempena Hari Keselamatan Internet Antarabangsa, yang disambut setiap tahun di lebih 170 negara, bertujuan mempromosi penggunaan internet yang selamat, bertanggungjawab dan positif khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda.

Tags:AIHari Keselamatan Internet 2026Internet selamatsambutanSKMM


6 remanded in e-waste bribery probe

The six suspects were arrested during raids in Negeri Sembilan and the Klang Valley yesterday.

🟡FMT Reporters

Henti balah isu bahasa, fokus bina masa depan anak, pesan Anwar

Perdana menteri berkata keupayaan kuasai lebih satu bahasa aset penting hadapi cabaran global dan tingkat daya saing generasi muda, tanpa jejas asas identiti nasional.

🟡Bernama