PETALING JAYA: Sembilan ahli dilantik dalam Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian yang ditubuhkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 yang berkuatkuasa bermula semalam.
Ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kepakaran merangkumi sektor awam, swasta dan masyarakat sivil itu dilantik bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa hingga 31 Dis 2028.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata bekas hakim besar Malaya, Hasnah Mohammed Hashim dilantik sebagai pengerusi manakala Lim Thean Shiang sebagai timbalan, lapor Bernama.
